Friday 20 April 2012

TANGISAN RASULULLAH

ABDULLAH ASY-SYIKHKHIR BERKATA :

AKU MENGUNJUNGI RASULULLAH SEMASA BELIAU SEDANG SOLAT. PADA MASA ITU, TERDENGAR TANGISAN BELIAU YANG BERBUNYI SEPERTI AIR SEDANG MENGGELEGAK.

(DIREKODKAN OLEH TIRMIZI, ABU DAWUD, NASA 'I DAN IBNU KHUZAIMAH)

Sunday 15 April 2012

CARA RASULULLAH S.A.W TIDUR

BARA' BIN AZIB BERKATA:

JIKA RASULULLAH S.A.W BERBARING, BELIAU AKAN MELETAKKAN TELAPAK TANGAN KANAN DI BAWAH PIPI KANAN BELIAU. RASULULLAH S.A.W AKAN BERDOA " WAHAI TUHANKU, PELIHARALAH AKU DARIPADA AZABMU PADA HARI ENGKAU BANGKITKAN SELURUH HAMBAMU".

DIREKODKAN OLEH TIRMIZI DAN NASA'I

Saturday 14 April 2012

SIAPAKAH WANITA YANG TERBAIK?

SABDA RASULULLAH S.A.W :

SEBAIK-BAIK WANITA IALAH ORANG YANG MENYENANGKAN ((HATI)MU, KETIKA ENGKAU MELIHATNYA, DAN TUNDUK KEPADAMU KETIKA KAMU MENYURUHNYA, DAN MENJAGA DIRINYA DAN HARTAMU KETIKA ENGKAU SEDANG PERGI

RIWAYAT AT TABARANI

The Value of Faith

its has be ordained
that faith
will torture your soul
for life
        evilness
       godliness
(to value His existence)


the sorrow of this endurance
the oncoming death
of a life destroyed
for all these sacrifices being appraised
      for heaven
      for hell


1967

Friday 13 April 2012

NAMA-NAMA RASULULLAH S.A.W

JUBAIR BIN MUTH'IM BERKATA ;

RASULULLAH BERKATA. " AKU MEMILIKI BEBERAPA NAMA. AKU ADALAH MUHAMMAD. AKU ADALAH AHMAD. AKU ADALAH AL-MAHI YANG DICIPTA OLEH ALLAH BAGI MENGHAPUSKAN KEKUFURAN. AKU ADALAH AL-HASYIR(YANG MENGUMPULKAN) KERANA UMAT MANUSIA DIKUMPULKAN MENGIKUT JEJAKKU. AKU ADALAH AL-AQIB(YANG MENGAKHIRI) KERANA TIDAK ADA NABI LAGI SELEPASKU."

( DIREKODKAN OLEH BUKHARI, MUSLIM,TIRMIZI, AHMAD DAN ABU DAWUD)

Saturday 17 December 2011

Wasiat Imam Syafie

” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak Kepada Diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak Kepada Malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak Kepada Kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak Kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak Kepada Mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak Kepada Sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  • Hak Kepada Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak Kepada Ridhzuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak Kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak Kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sunday 13 November 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.